11 Sekarang Israel ditindas. Dia kehilangan tanah miliknya kerana dia degil dan minta tolong daripada orang yang tidak dapat menolongnya.
12 Oleh itu Aku akan menghancurkan Israel, dan membinasakan suku Yehuda.
13 Apabila Israel dan Yehuda menyedari keadaan mereka yang buruk, Israel akan pergi ke negeri Asyur untuk minta tolong daripada raja yang agung, tetapi raja itu tidak dapat menolong atau memperbaiki keadaan mereka.
14 Seperti seekor singa, Aku akan menyerang suku Israel dan suku Yehuda. Aku sendiri akan mencabik-cabik mereka lalu meninggalkan mereka. Aku akan menyeret mereka, dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan mereka.
15 Aku akan meninggalkan umat-Ku sehingga mereka cukup menderita kerana dosa mereka, lalu mereka datang mencari Aku. Mungkin dalam penderitaan, mereka akan berusaha untuk mencari Aku.”