4 Kejahatan yang dilakukan oleh umat Israel menghalangi mereka kembali kepada Allah. Mereka sudah dicengkam oleh penyembahan berhala, sehingga mereka tidak lagi mengakui TUHAN.
5 Kesombongan umat Israel sangat ketara dan menjadi bukti kesalahan mereka. Dosa mereka menyebabkan mereka tersandung lalu jatuh, dan suku Yehuda pun jatuh bersama-sama mereka.
6 Mereka mencari TUHAN dengan membawa domba dan lembu sebagai korban, tetapi perbuatan itu tidak berguna. Mereka tidak akan menemukan TUHAN, sebab Dia telah meninggalkan mereka.
7 Mereka tidak setia kepada TUHAN; anak-anak mereka bukan anak-anak-Nya. Oleh itu, tidak lama lagi mereka dan tanah mereka akan dibinasakan.
8 Tiuplah trompet di Gibea! Bunyikanlah tanda panggilan untuk berperang di Rama! Teriakkanlah pekik peperangan di Betel! Majulah berperang hai kaum Benyamin!
9 Israel akan binasa pada hari hukuman kelak. Dengarlah, hai orang Israel, perkara ini pasti akan berlaku!
10 TUHAN berfirman, “Aku murka kerana pemimpin-pemimpin Yehuda telah menyerang Israel dan merampas tanahnya. Oleh itu, Aku akan menimpakan hukuman kepada mereka seperti air bah.