8 Tiuplah trompet di Gibea! Bunyikanlah tanda panggilan untuk berperang di Rama! Teriakkanlah pekik peperangan di Betel! Majulah berperang hai kaum Benyamin!
9 Israel akan binasa pada hari hukuman kelak. Dengarlah, hai orang Israel, perkara ini pasti akan berlaku!
10 TUHAN berfirman, “Aku murka kerana pemimpin-pemimpin Yehuda telah menyerang Israel dan merampas tanahnya. Oleh itu, Aku akan menimpakan hukuman kepada mereka seperti air bah.
11 Sekarang Israel ditindas. Dia kehilangan tanah miliknya kerana dia degil dan minta tolong daripada orang yang tidak dapat menolongnya.
12 Oleh itu Aku akan menghancurkan Israel, dan membinasakan suku Yehuda.
13 Apabila Israel dan Yehuda menyedari keadaan mereka yang buruk, Israel akan pergi ke negeri Asyur untuk minta tolong daripada raja yang agung, tetapi raja itu tidak dapat menolong atau memperbaiki keadaan mereka.
14 Seperti seekor singa, Aku akan menyerang suku Israel dan suku Yehuda. Aku sendiri akan mencabik-cabik mereka lalu meninggalkan mereka. Aku akan menyeret mereka, dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan mereka.