8 Allah telah mengutus aku sebagai nabi untuk memberikan amaran kepada umat-Nya Israel. Namun ke mana sahaja aku pergi, kamu berusaha untuk memerangkap aku seperti memerangkap burung. Di negeri milik Allah sendiri, nabi-nabi-Nya dimusuhi rakyat.
9 Perbuatan kamu sangat jahat, seperti yang pernah dilakukan orang di Gibea. TUHAN akan mengingat dosa kamu dan menghukum kamu.
10 TUHAN berfirman, “Ketika Aku mula-mula menemukan Israel, Aku gembira seperti orang menemukan buah anggur di padang gurun. Apabila Aku mula-mula nampak nenek moyang kamu, Aku senang hati seperti orang nampak buah ara yang mula-mula masak pada musim buah. Tetapi apabila mereka sampai di Gunung Peor, mereka mula menyembah Baal, sehingga mereka menjijikkan seperti berhala-berhala yang dicintai mereka.
11 Kebesaran Israel akan terbang menghilang seperti burung. Mereka tidak akan mendapat anak lagi. Wanita mereka pun tidak akan mengandung lagi.
12 Sekalipun anak-anak dilahirkan dan dibesarkan, Aku akan mengambil anak-anak mereka itu dan tidak seorang pun akan hidup. Apabila Aku meninggalkan kamu, perkara-perkara yang dahsyat akan menimpa kamu.”
13 Ya TUHAN, aku nampak anak-anak mereka diburu dan dibunuh.
14 Apakah yang harus aku minta daripada-Mu untuk umat ini? Jadikanlah wanita mereka mandul! Biarlah mereka tidak dapat menyusui bayi.