12 Kemudian umat Israel berkata kepada Samuel, “Di manakah orang yang dahulunya berani berkata bahawa Raja Saul tidak layak menjadi raja kita? Serahkanlah mereka kepada kami. Kami akan membunuh mereka!”
13 Tetapi Raja Saul bertitah, “Tiada seorang pun yang akan dibunuh pada hari ini, kerana pada hari ini TUHAN telah menyelamatkan Israel.”
14 Samuel berkata kepada mereka, “Marilah kita semua pergi ke Gilgal dan sekali lagi menabalkan Raja Saul sebagai raja kita.”
15 Oleh itu mereka semua pergi ke Gilgal, dan di sana, di tempat ibadat itu mereka menabalkan Raja Saul sebagai raja. Mereka mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN, dan Raja Saul serta segenap umat Israel merayakan peristiwa itu.