1 Samuel 13:1-7 BM

1 Pada suatu hari, ketika Raja Saul sudah menjadi raja,

2 baginda memilih tiga ribu orang Israel; daripada jumlah ini, dua ribu orang tinggal bersama-samanya di Mikhmas dan di kawasan perbukitan Betel. Sebanyak seribu orang lain pergi bersama dengan Yonatan, puteranya ke Gibea, di wilayah suku Benyamin. Orang selebihnya disuruh oleh Raja Saul pulang ke rumah masing-masing.

3 Kemudian Yonatan membunuh panglima Filistin di Geba, dan orang Filistin mendengar tentang pembunuhan itu. Lalu Raja Saul menyuruh orang meniup trompet di seluruh negeri untuk memanggil orang Ibrani supaya maju berperang.

4 Segenap umat Israel diberitahu bahawa Raja Saul telah membunuh panglima Filistin itu, dan bahawa orang Filistin sangat benci akan umat Israel. Oleh itu rakyat menyahut panggilan untuk bergabung dengan Raja Saul di Gilgal.

5 Sementara itu orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Orang Filistin mempunyai tiga puluh ribu buah kereta kuda, enam ribu orang berkuda dan askar sebanyak pasir di pantai. Mereka berkhemah di Mikhmas di sebelah timur Bet-Awen.

6 Kemudian mereka melancarkan serangan sengit terhadap orang Israel, sehingga orang Israel berada dalam keadaan genting. Beberapa orang Israel bersembunyi di dalam gua dan lubang gunung, atau di dalam celah-celah batu besar, atau di dalam perigi dan lubang di tanah.

7 Ada juga beberapa orang yang menyeberangi Sungai Yordan, lalu pergi ke wilayah Gad dan Gilead.Raja Saul masih berada di Gilgal, dan orang yang mengikuti baginda gementar ketakutan.