29 Allah yang mulia, Allah Israel itu tidak berdusta dan tidak pula mengubah pendirian-Nya, kerana Dia bukan manusia.”
30 Raja Saul menjawab, “Beta sudah berdosa. Tetapi tolonglah, kembalilah bersama-sama beta supaya beta dapat beribadat kepada TUHAN, Allah tuan. Dengan demikian tuan menghormati beta di depan para pemimpin rakyat dan semua orang Israel.”
31 Oleh itu Samuel kembali bersama-sama Raja Saul ke Gilgal, lalu Raja Saul beribadat kepada TUHAN.
32 Selepas itu Samuel memberikan perintah, “Bawalah Raja Agag ke mari.” Raja Agag dihadapkan kepadanya, dan Raja Agag gementar ketakutan kerana baginda berfikir, “Alangkah pahitnya kematian.”
33 Kemudian Samuel berkata, “Seperti pedangmu sudah menyebabkan banyak ibu kehilangan anak, demikian juga ibumu akan kehilangan anaknya.” Lalu Samuel memotong-motong Raja Agag di depan mazbah di Gilgal.
34 Kemudian Samuel pulang ke Rama dan Raja Saul pulang ke rumahnya di Gibea.
35 Sampai akhir hidupnya, Samuel tidak pernah lagi bertemu dengan Raja Saul; tetapi Samuel sedih kerana TUHAN menyesal telah melantik Raja Saul menjadi raja Israel.