9 Kemudian Isai menyuruh Syama menghadap. Samuel berkata, “Dia juga tidak dipilih oleh TUHAN.”
10 Demikianlah Isai menyuruh tujuh orang anaknya menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, “Tidak seorang pun antara mereka yang dipilih oleh TUHAN.”
11 Kemudian Samuel bertanya kepada Isai, “Hanya inikah anak lelakimu?”Isai menjawab, “Masih ada seorang lagi, yang bongsu, tetapi dia sedang menggembalakan domba.”Samuel berkata, “Suruhlah orang memanggil dia, kerana kita tidak akan makan bersama-sama sebelum dia datang.”
12 Oleh itu Isai menyuruh orang memanggil anak bongsunya. Ternyata dia seorang pemuda yang kacak, sihat, dan matanya bersinar. TUHAN berfirman kepada Samuel, “Inilah orangnya. Lantiklah dia!”
13 Samuel mengambil minyak zaitun, lalu melantik Daud dengan melumuri kepala Daud dengan minyak di hadapan semua abang Daud. Ketika itu juga Roh TUHAN menguasai Daud dan menyertai dia sejak hari itu. Kemudian Samuel pulang ke Rama.
14 Roh TUHAN meninggalkan Raja Saul, dan baginda diseksa oleh roh jahat yang disuruh oleh TUHAN.
15 Maka hamba-hamba Raja Saul berkata kepadanya, “Hamba sekalian tahu bahawa roh jahat yang disuruh oleh TUHAN menyeksa tuanku.