50 Demikianlah tanpa pedang, Daud mengalahkan Goliat dan membunuhnya dengan ali-ali dan batu.
51 Daud berlari kepada Goliat dan berdiri di sisi tubuhnya. Dia menghunus pedang Goliat dari sarung lalu memancung kepala Goliat; begitulah Daud membunuh Goliat.Apabila orang Filistin nampak bahawa pahlawan mereka sudah mati, mereka lari.
52 Orang Israel dan Yehuda bersorak, lalu mengejar mereka sampai ke Gat dan pintu gerbang Ekron. Orang Filistin yang terluka bergelimpangan sepanjang jalan ke Saaraim, sampai ke Gat dan Ekron.
53 Setelah kembali daripada mengejar orang Filistin, orang Israel menjarah perkhemahan orang Filistin.
54 Daud mengambil kepala Goliat dan membawanya ke Yerusalem, tetapi dia menyimpan senjata Goliat di khemahnya.
55 Apabila Raja Saul nampak Daud pergi melawan Goliat, baginda bertanya kepada Abner, panglima tenteranya, “Abner, anak siapakah pemuda itu?”“Hamba tidak tahu, tuanku,” jawab Abner.
56 “Pergilah dan tanyakanlah hal itu,” perintah Raja Saul.