1 Raja Saul dan Daud selesai bercakap-cakap. Selepas itu, putera Raja Saul yang bernama Yonatan sangat tertarik kepada Daud, dan mula mengasihinya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
2 Sejak hari itu, Raja Saul menyuruh Daud tinggal bersama-sama baginda, dan tidak membenarkan dia pulang ke rumah bapanya.
3 Yonatan bersumpah untuk bersahabat dengan Daud selama-lamanya, kerana dia sangat mengasihi Daud.
4 Yonatan menanggalkan jubah yang dipakainya lalu memberikannya kepada Daud. Dia juga memberikan pakaian perangnya, pedangnya, panahnya, dan tali pinggangnya kepada Daud.
5 Daud berjaya dalam segala tugas yang diperintahkan oleh Raja Saul. Maka Raja Saul melantik dia menjadi pegawai tentera. Hal itu menyenangkan hati semua pegawai tentera dan anak buah Raja Saul.
6 Apabila Daud kembali, setelah mengalahkan Goliat orang Filistin itu, dan para askar berbaris masuk ke dalam kota, kaum wanita keluar dari semua kota di Israel untuk menyambut Raja Saul. Mereka menyanyikan lagu-lagu gembira sambil menari-nari dengan memainkan tamburin dan kecapi.