10 Keesokan harinya, Raja Saul berada di dalam rumah dan sedang memegang tombak. Tiba-tiba Raja Saul dirasuki roh jahat yang disuruh Allah, sehingga baginda mengamuk seperti orang gila. Pada masa itu Daud sedang bermain kecapi seperti biasa.
11 “Aku tancapkan dia ke tembok itu,” fikir Raja Saul, lalu baginda melemparkan tombak ke arah Daud sampai dua kali, tetapi Daud berjaya mengelakkannya.
12 Raja Saul takut akan Daud kerana TUHAN menyertai Daud, tetapi TUHAN sudah meninggalkan Raja Saul.
13 Maka Raja Saul memindahkan Daud dari lingkungan istana dengan melantiknya menjadi ketua pasukan seribu orang askar. Daud memimpin pasukannya dalam pertempuran,
14 dan dia berjaya melaksanakan segala tugasnya kerana TUHAN menyertai dia.
15 Raja Saul memperhatikan kejayaan Daud, dan hal itu menjadikannya bertambah takut akan Daud.
16 Tetapi semua penduduk Israel dan Yehuda mengasihi Daud, kerana dia seorang pemimpin yang banyak jasa.