23 Mereka menyampaikan hal itu kepada Daud, dan dia menjawab, “Adakah kamu fikir mudah untuk menjadi menantu raja? Aku orang miskin dan tidak penting!”
24 Para pegawai itu menyampaikan jawapan Daud kepada Raja Saul,
25 lalu Raja Saul menyuruh para pegawai memberitahu Daud pesan ini, “Satu-satunya yang dipinta oleh raja daripadamu sebagai mas kahwin adalah seratus kulit khatan orang Filistin, untuk membelas dendam terhadap musuhnya.” (Inilah cara yang dicadangkan Raja Saul supaya Daud dibunuh oleh orang Filistin.)
26 Para pegawai Raja Saul menyampaikan kata-kata Raja Saul kepada Daud, dan Daud gembira dengan tawaran menjadi menantu raja. Oleh itu, sebelum sampai hari perkahwinan yang sudah ditetapkan,
27 Daud bersama-sama anak buahnya membunuh dua ratus orang Filistin; Daud mengambil kulit khatan mereka. Kemudian Daud menyerahkannya kepada raja tanpa kurang satu pun supaya dia dapat menjadi menantu raja. Oleh itu Raja Saul harus mengahwinkan puterinya Mikhal dengan Daud.
28 Raja Saul sedar bahawa TUHAN menyertai Daud, dan Mikhal, puterinya mencintai Daud.
29 Maka Raja Saul semakin takut akan Daud. Raja Saul memusuhi Daud sepanjang umurnya.