27 Daud bersama-sama anak buahnya membunuh dua ratus orang Filistin; Daud mengambil kulit khatan mereka. Kemudian Daud menyerahkannya kepada raja tanpa kurang satu pun supaya dia dapat menjadi menantu raja. Oleh itu Raja Saul harus mengahwinkan puterinya Mikhal dengan Daud.
28 Raja Saul sedar bahawa TUHAN menyertai Daud, dan Mikhal, puterinya mencintai Daud.
29 Maka Raja Saul semakin takut akan Daud. Raja Saul memusuhi Daud sepanjang umurnya.
30 Setiap kali tentera Filistin melancarkan serangan, Daud lebih berjaya mengalahkan mereka daripada para pegawai Raja Saul yang lain. Dengan demikian Daud menjadi semakin termasyhur.