8 Raja Saul tidak suka mendengar nyanyian itu, lalu baginda menjadi murka. Raja Saul bertitah, “Daud dianggap membunuh berpuluh-puluh ribu orang musuh, sedangkan beta hanya dianggap membunuh beribu-ribu orang musuh. Tidak lama lagi mereka akan menjadikan dia raja!”
9 Sejak hari itu Raja Saul iri hati terhadap Daud.
10 Keesokan harinya, Raja Saul berada di dalam rumah dan sedang memegang tombak. Tiba-tiba Raja Saul dirasuki roh jahat yang disuruh Allah, sehingga baginda mengamuk seperti orang gila. Pada masa itu Daud sedang bermain kecapi seperti biasa.
11 “Aku tancapkan dia ke tembok itu,” fikir Raja Saul, lalu baginda melemparkan tombak ke arah Daud sampai dua kali, tetapi Daud berjaya mengelakkannya.
12 Raja Saul takut akan Daud kerana TUHAN menyertai Daud, tetapi TUHAN sudah meninggalkan Raja Saul.
13 Maka Raja Saul memindahkan Daud dari lingkungan istana dengan melantiknya menjadi ketua pasukan seribu orang askar. Daud memimpin pasukannya dalam pertempuran,
14 dan dia berjaya melaksanakan segala tugasnya kerana TUHAN menyertai dia.