1 Kemudian Hana berdoa,“TUHAN menggembirakan hatiku;alangkah bahagianya aku,kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku.Sekarang aku mentertawakan musuhku;alangkah sukacitanya akukerana Allah sudah menolong aku.
2 Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN;Dia tidak ada tandingan;hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.
3 Hentikanlah cakap besarmu,jangan keluarkan cakap angkuh.Oleh sebab TUHAN itu Allah Yang Maha Tahu,Dia menghakimi segala perbuatan orang.
4 Busur askar yang perkasa sudah patah,tetapi orang yang lemah menjadi perkasa.
5 Orang yang dahulu kenyang,sekarang harus bekerja untuk mencari makan;tetapi yang dahulu lapar, sekarang menjadi kenyang.Isteri yang mandul melahirkan tujuh orang anak,tetapi ibu yang mempunyai banyak anak,ditinggalkan dan dibiarkan merana.
6 TUHAN mematikan manusia,Dia juga menghidupkan mereka.Dia menghantar manusia ke dunia orang mati,dan Dia juga membawa mereka kembali.
7 TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa,dan menjadikan yang lain kaya.Dia merendahkan sebilangan orang,dan meninggikan yang lain.