7 TUHAN menyebabkan sebilangan orang papa,dan menjadikan yang lain kaya.Dia merendahkan sebilangan orang,dan meninggikan yang lain.
8 Dia mengangkat orang miskin daripada penderitaan,Dia membebaskan orang hina daripada kesengsaraan.Mereka dijadikan kawan bangsawan yang berdarjat,dan diberikan tempat yang terhormat.Asas bumi adalah kepunyaan TUHAN,di atas asas itu, Dia mendirikan dunia.
9 Dia melindungi hidup umat-Nya yang setia,tetapi orang jahat binasa dalam gelap gelita.Dengan kekuatan sendiri, manusia tidak dapat berjaya.
10 Musuh-musuh TUHAN akan binasa;Dia akan mengguntur dari langit untuk menentang mereka.TUHAN akan menghakimi seluruh dunia;Dia akan memberikan kuasa kepada raja,Dia juga akan memberikan kemenangan kepada raja pilihan-Nya.”
11 Selepas itu Elkana pulang ke rumahnya di Rama, tetapi Samuel, anak itu tinggal di Silo dan mengabdi kepada TUHAN di bawah pengawasan Imam Eli.
12 Anak-anak Eli sangat jahat. Mereka tidak mengendahkan TUHAN.
13 Mereka juga tidak mengendahkan peraturan tentang apa yang boleh diminta oleh imam daripada umat Israel. Sebaliknya, jika ada orang yang mempersembahkan korban, hamba imam akan datang sambil membawa garpu bergigi tiga. Sementara daging itu direbus,