6 Jika bapamu menanyakan sebabnya aku tidak hadir, katakanlah kepadanya bahawa aku sudah memohon izin daripadamu untuk segera pulang ke Betlehem, kerana di sana diadakan upacara mempersembahkan korban tahunan bagi semua anggota keluargaku.
7 Jika raja berkata, ‘Baiklah,’ maka aku akan aman, tetapi jika raja murka, ketahuilah bahawa raja sudah mengambil keputusan untuk mencelakakan aku.
8 Aku minta pertolonganmu kerana kita sudah mengikat perjanjian di hadapan TUHAN. Namun jika aku bersalah, bunuhlah aku, tetapi jangan serahkan aku kepada bapamu.”
9 Yonatan menjawab, “Jangan khuatir! Jika aku tahu dengan pasti bahawa bapaku sudah bertekad untuk mencelakakan engkau, tentu aku memberitahu engkau.”
10 Kemudian Daud bertanya, “Siapakah yang akan memberitahu aku jika bapamu murka?”
11 Yonatan berkata, “Mari kita pergi ke padang.” Mereka berdua pergi ke padang,
12 lalu Yonatan berkata kepada Daud, “Semoga TUHAN, Allah Israel menjadi saksi kita. Esok atau lusa kira-kira pada waktu ini, aku akan berusaha untuk mengetahui isi hati bapaku. Jika dia bersikap baik terhadapmu, aku akan mengirim khabar kepadamu.