1 Kemudian Daud meninggalkan kota Gat dan bersembunyi di gua dekat kota Adulam. Apabila abang-abangnya dan semua anggota keluarganya mendengar bahawa dia berada di situ, mereka datang kepadanya.
2 Semua orang yang tertindas, atau yang mempunyai hutang, atau yang berasa tidak puas, juga bergabung dengan Daud, lalu Daud menjadi pemimpin mereka. Jumlah pengikut Daud ada kira-kira empat ratus orang.
3 Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata kepada raja Moab, “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba.”
4 Oleh itu Daud membawa ibu bapanya kepada raja negeri Moab, dan mereka tinggal di sana selama Daud bersembunyi di gua.
5 Kemudian pada suatu hari seorang nabi yang bernama Gad datang kepada Daud dan berkata, “Jangan tinggal di gua ini. Pergilah dengan segera ke tanah Yehuda.” Lalu Daud meninggalkan tempat itu dan pergi ke hutan Keret.
6 Pada suatu hari Raja Saul sedang duduk di bawah pokok tamariska di atas bukit di Gibea; baginda sedang memegang tombak dan semua pegawai berdiri di sekelilingnya. Ketika baginda mendengar bahawa tempat Daud dan anak buahnya sudah dijumpai,