1 Kemudian Samuel meninggal. Semua orang Israel berkumpul dan meratapinya. Mereka menguburkan jenazah Samuel di rumahnya di Rama.Selepas itu Daud pergi ke padang gurun Paran.
2-3 Di kota Maon ada seorang lelaki bernama Nabal, daripada puak Kaleb. Dia mempunyai tanah dekat kota Karmel. Dia sangat kaya dan mempunyai tiga ribu ekor domba dan seribu ekor kambing. Abigail isterinya, cerdas dan cantik, tetapi Nabal bertabiat kasar dan berkelakuan buruk.Pada suatu masa Nabal sedang menggunting bulu dombanya di Karmel.
4 Pada masa itu, Daud yang berada di padang gurun, mendengar hal itu.
5 Kemudian Daud menyuruh sepuluh orang pemuda pergi ke Karmel. Daud menyuruh mereka menemui Nabal dan menyampaikan salam Daud kepadanya.