1 Beberapa waktu kemudian, orang Filistin mengerah tentera mereka untuk menyerang Israel. Raja Akhis bertitah kepada Daud, “Tentu kamu faham bahawa kamu dan anak buahmu wajib berpihak kepada beta.”
2 Daud menjawab, “Tentu, nanti tuanku akan nampak sendiri apa yang dapat dilakukan hamba tuanku ini.”“Baiklah,” titah Raja Akhis. “Beta akan menjadikan kamu pengawal peribadi beta yang tetap.”
3 Samuel sudah meninggal dan dia diratapi oleh semua orang Israel, lalu dikebumikan di Rama, kotanya. Beberapa waktu yang lalu Raja Saul telah mengusir semua peramal dan pemanggil arwah dari Israel.
4 Tentera Filistin berkumpul dan berkhemah dekat kota Sunem. Raja Saul mengumpulkan tentera Israel, lalu mereka berkhemah di Gunung Gilboa.
5 Apabila Raja Saul nampak angkatan perang Filistin, baginda sangat ketakutan.