20 Ketika itu juga Raja Saul jatuh terlentang di tanah kerana sangat ketakutan mendengar kata-kata Samuel. Lagi pun baginda sangat lemah kerana tidak makan apa-apa sehari semalam.
21 Perempuan itu menghampiri Raja Saul dan mengetahui bahawa baginda sangat cemas. Oleh itu perempuan itu berkata kepada baginda, “Tuanku, hamba sudah mempertaruhkan nyawa untuk memenuhi permintaan tuanku.
22 Sekarang kabulkanlah permohonan hamba. Makanlah sedikit makanan yang akan hamba hidangkan supaya tuanku dapat meneruskan perjalanan.”
23 Raja Saul menolak dan bertitah bahawa baginda tidak mahu santap. Tetapi pegawai-pegawai Raja Saul pun mendesaknya supaya santap. Akhirnya Raja Saul menurut; baginda bangun dari tanah lalu duduk di atas tempat tidur.
24 Dengan segera perempuan itu menyembelih seekor anak lembu yang gemuk. Dia juga mengambil tepung dan menyiapkannya, lalu memasak roti yang tidak beragi.
25 Dia menghidangkan makanan itu kepada Raja Saul dan pegawai-pegawainya, lalu mereka pun makan. Kemudian mereka berangkat pada malam itu juga.