7 Oleh itu pulanglah dengan sejahtera dan jangan lakukan sesuatu yang menimbulkan kemurkaan raja-raja itu.”
8 Daud menjawab, “Apakah kesalahan hamba? Tuanku mengatakan bahawa sejak hamba datang kepada tuanku, hamba belum pernah bersalah terhadap tuanku. Jika demikian, mengapakah hamba tidak dibenarkan berperang melawan musuh-musuh tuanku?”
9 Raja Akhis menjawab, “Kamu tahu bahawa beta menganggap kamu setia seperti malaikat Allah. Tetapi raja-raja yang lain itu sudah mengambil keputusan bahawa kamu tidak boleh ikut kami berperang.
10 Oleh itu pada hari esok, kamu semua yang sudah meninggalkan Raja Saul dan datang kepada beta, mesti bangun pagi-pagi lalu segera berangkat setelah matahari terbit.”
11 Oleh itu Daud dan anak buahnya berangkat pada awal pagi keesokan harinya, lalu pulang ke negeri orang Filistin. Tentera Filistin meneruskan perjalanan mereka ke Yizreel.