24 Tiada seorang pun dapat menyetujui pendapat kamu itu. Semua orang mesti mendapat bahagian yang sama banyaknya: orang yang tinggal untuk menjaga barang-barang mesti mendapat bahagian yang sama seperti orang yang maju berperang.”
25 Daud menjadikan ketetapan itu satu peraturan, dan sejak itu peraturan itu ditaati di Israel sampai sekarang.
26 Ketika Daud pulang ke Ziklag, dia menghantar sebahagian daripada barang jarahan itu kepada sahabat-sahabatnya, iaitu para pemimpin Yehuda, dengan pesan, “Terimalah hadiah ini daripada barang jarahan yang kami ambil daripada musuh TUHAN.”
27-31 Mereka dari kota-kota berikut: Betel dan Rama di bahagian selatan Yehuda, Yatir, Aroer, Sifmot, Estemoa, Rakhal, dan juga kota-kota orang Yerahmeel, kota-kota orang Keni, Horma, Bor-Asan, Atakh, dan Hebron. Daud mengirim hadiah itu kepada semua kota tempat Daud dan anak buahnya pernah mengembara.