3 Apabila Daud dan anak buahnya tiba di sana, mereka mendapati kota itu sudah dibakar dan anak isteri mereka telah dilarikan musuh.
4 Daud dan anak buahnya menangis dengan pilu dan tidak berhenti-henti sehingga mereka tidak dapat menangis lagi.
5 Kedua-dua orang isteri Daud, Ahinoam dan Abigail, sudah dilarikan juga.
6 Kini Daud dalam kesusahan besar. Anak buahnya marah terhadapnya kerana mereka sudah kehilangan anak isteri. Mereka mengancam untuk merejam Daud, tetapi TUHAN Allahnya menguatkan hatinya.
7 Daud berkata kepada Imam Abyatar anak Ahimelekh, “Bawalah efod itu kepadaku.” Abyatar pun membawa efod itu kepada Daud.
8 Kemudian Daud bertanya kepada TUHAN, “Haruskah aku mengejar perompak-perompak itu? Dapatkah aku menangkap mereka?”TUHAN menjawab, “Kejarlah mereka. Engkau akan menyusul mereka dan menyelamatkan orang tawanan.”
9 Oleh itu Daud bersama dengan enam ratus orang anak buahnya berangkat. Apabila mereka sampai di Sungai Besor, sebilangan daripada mereka berhenti di situ.