1 Selepas Tabut Perjanjian TUHAN berada di negeri orang Filistin selama tujuh bulan,
2 orang Filistin memanggil para imam dan ahli sihir, lalu bertanya, “Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian TUHAN itu? Jika Tabut itu kita kembalikan ke tempatnya, apakah benda yang patut dikirim bersama-samanya?”
3 Mereka menjawab, “Jangan kembalikan Tabut Perjanjian Allah Israel dengan tidak menyertakan apa-apa persembahan untuk Dia. Tabut itu mesti disertai persembahan untuk menebus dosa kamu. Dengan demikian kamu akan disembuhkan, dan kamu akan mengetahui apa sebabnya Allah Israel terus-menerus menghukum kamu.”
4 Orang Filistin bertanya lagi, “Persembahan apakah yang harus kami hantarkan?”Mereka menjawab, “Hantarkanlah lima bengkak tiruan daripada emas dan juga lima tikus tiruan daripada emas, sesuai dengan jumlah raja Filistin. Bencana yang sama sudah menimpa kamu semua, baik rakyat mahupun raja.
5 Kamu mesti membuat tiruan daripada bengkak-bengkak dan tikus yang sedang mengganas di negeri kamu. Dengan demikian kamu memberikan penghormatan kepada Allah Israel. Mungkin Dia akan berhenti menghukum kamu, dewa, dan tanah kamu.