11 Kemudian Tabut Perjanjian itu dinaikkan ke atas pedati, bersama dengan peti yang berisi tikus tiruan daripada emas dan bengkak-bengkak tiruan daripada emas itu.
12 Lembu-lembu itu berjalan menuju ke arah Bet-Semes; lembu-lembu itu menguak sambil berjalan terus, tanpa menyimpang ke kiri atau ke kanan dari jalan raya. Kelima-lima orang raja Filistin terus mengikuti lembu-lembu itu sampai ke sempadan kota Bet-Semes.
13 Pada masa itu penduduk Bet-Semes sedang menuai gandum di lembah. Apabila mereka nampak Tabut Perjanjian itu, alangkah sukacitanya mereka!
14 Pedati itu berhenti dekat sebuah batu besar di ladang Yosua, seorang penduduk Bet-Semes. Penduduk kota itu membelah-belah pedati kayu itu dan menyembelih dua ekor lembu itu, lalu mempersembahkan semuanya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN.
15 Kemudian orang Lewi menurunkan Tabut Perjanjian TUHAN dan peti yang berisi benda-benda emas itu. Mereka meletakkan semuanya di atas batu besar di situ. Selepas itu, penduduk Bet-Semes mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban-korban lain kepada TUHAN.
16 Ketika kelima-lima orang raja Filistin itu nampak semua kejadian itu, mereka pulang ke Ekron pada hari itu juga.
17 Orang Filistin mengirim lima bengkak tiruan daripada emas kepada TUHAN, sebagai persembahan penebus dosa, satu biji untuk setiap kota berikut: Asdod, Gaza, Askelon, Gat, dan Ekron.