6 Oleh itu mereka semua berkumpul di Mizpa. Mereka menimba air lalu menuangkannya sebagai persembahan untuk TUHAN. Mereka juga berpuasa sepanjang hari. Mereka berkata, “Kami sudah berdosa terhadap TUHAN.” (Di Mizpa Samuel menyelesaikan perkara-perkara perselisihan antara umat Israel).
7 Apabila orang Filistin mendengar bahawa umat Israel sudah berkumpul di Mizpa, lima orang raja Filistin berangkat ke sana bersama dengan tentera mereka untuk menyerang umat Israel. Umat Israel menjadi takut ketika mereka mendengar hal itu.
8 Mereka berkata kepada Samuel, “Jangan berhenti berdoa kepada TUHAN Allah kita, supaya kita diselamatkan-Nya daripada orang Filistin.”
9 Samuel menyembelih seekor anak domba muda lalu mempersembahkannya sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN. Setelah itu dia berdoa minta TUHAN menolong Israel, dan TUHAN mengabulkan doanya itu.
10 Sedang Samuel mempersembahkan korban itu, orang Filistin mula menyerang mereka. Tetapi pada saat itu juga, TUHAN mengguntur dari langit untuk melawan orang Filistin. Mereka menjadi kacau-bilau lalu lari kebingungan.
11 Tentera Israel keluar dari Mizpa lalu mengejar orang Filistin sehingga hampir sampai di Bet-Kar, sambil membunuh mereka di sepanjang jalan.
12 Kemudian Samuel mendirikan sebuah batu di sempadan antara Mizpa dan Sen. Dia berkata, “TUHAN sudah menolong kita dengan sepenuhnya.” Oleh itu dia menamakan batu itu “Batu Pertolongan.”