14 Tiap-tiap kali mereka berangkat, mereka mengikut susunan yang sama. Orang yang di bawah panji kumpulan yang dipimpin oleh suku Yehuda berangkat dahulu, kelompok demi kelompok. Nahason anak Aminadab memimpin mereka.
15 Netaneel anak Zuar memimpin suku Isakhar
16 dan Eliab anak Helon memimpin suku Zebulon.
17 Kemudian barulah Khemah TUHAN itu digulung; lalu puak Gerson dan Merari yang membawa Khemah itu berangkat.
18 Selepas itu orang yang di bawah panji kumpulan yang dipimpin oleh suku Ruben berangkat, kelompok demi kelompok. Elizur anak Syedeur memimpin mereka.
19 Selumiel anak Zurisyadai memimpin suku Simeon
20 dan Elyasaf anak Rehuel memimpin suku Gad.