25 Akhirnya, orang yang di bawah panji kumpulan yang dipimpin oleh suku Dan berangkat, kelompok demi kelompok. Ahiezer anak Amisyadai memimpin mereka. Mereka menjadi pengawal barisan belakang bagi semua kumpulan itu.
26 Pagiel anak Okhran memimpin suku Asyer
27 dan Ahira anak Enan memimpin suku Naftali.
28 Itulah susunan perbarisan orang Israel apabila mereka berangkat, kelompok demi kelompok.
29 Musa berkata kepada iparnya, Hobab anak Yitro, orang Midian itu, “Kami akan berangkat ke tempat yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman untuk memberikannya kepada kami. Dia sudah menjanjikan hal yang baik kepada Israel. Oleh itu ikutlah kami dan kami akan berbuat baik kepadamu.”
30 Hobab menjawab, “Tidak, aku mahu balik ke tanah airku.”
31 Musa berkata, “Janganlah tinggalkan kami. Engkau boleh menjadi penunjuk jalan bagi kami kerana engkau tahu tempat kita dapat berkhemah di padang gurun.