29 Musa berkata kepada iparnya, Hobab anak Yitro, orang Midian itu, “Kami akan berangkat ke tempat yang dimaksudkan TUHAN ketika Dia berfirman untuk memberikannya kepada kami. Dia sudah menjanjikan hal yang baik kepada Israel. Oleh itu ikutlah kami dan kami akan berbuat baik kepadamu.”
30 Hobab menjawab, “Tidak, aku mahu balik ke tanah airku.”
31 Musa berkata, “Janganlah tinggalkan kami. Engkau boleh menjadi penunjuk jalan bagi kami kerana engkau tahu tempat kita dapat berkhemah di padang gurun.
32 Jika engkau ikut, maka segala yang baik yang dilakukan TUHAN bagi kami akan kami lakukan juga bagimu.”
33 Apabila umat Israel meninggalkan Sinai, gunung suci itu, mereka berjalan selama tiga hari. Tabut Perjanjian TUHAN sentiasa dibawa mendahului mereka untuk mencari tempat berkhemah bagi mereka.
34 Tiap-tiap kali mereka berangkat dari tempat perkhemahan, awan TUHAN sentiasa ada di atas mereka pada siang hari.
35 Setiap kali Tabut Perjanjian TUHAN itu dipikul ketika berangkat, Musa berkata, “Bangkitlah, ya TUHAN, cerai-beraikanlah musuh-Mu dan biarlah orang yang membenci Engkau melarikan diri!”