7 Tetapi tidak demikian dengan hamba-Ku Musa; Aku sudah menjadikan dia pemimpin segenap umat-Ku Israel.
8 Oleh itu Aku berfirman kepadanya berhadapan muka, secara jelas dan bukan dengan teka-teki; bahkan rupa-Ku pun sudah dilihatnya. Mengapa kamu berani melawan Musa, hamba-Ku?”
9 TUHAN murka kepada Harun dan Miryam; oleh itu, ketika TUHAN pergi
10 dan awan itu meninggalkan Khemah, tiba-tiba kulit Miryam kena penyakit kulit yang mengerikan. Kulitnya menjadi putih seperti salji. Apabila Harun nampak bahawa Miryam telah kena penyakit itu,
11 Harun berkata kepada Musa, “Tolonglah tuan, janganlah biar kami diseksa kerana dosa yang kami lakukan dalam kebodohan kami.
12 Janganlah biarkan dia menjadi seperti bayi yang lahir mati, dengan dagingnya setengah busuk.”
13 Maka Musa berseru kepada TUHAN, “Ya Allah, sembuhkanlah dia!”