1 Sepanjang malam orang Israel menangis kerana cemas.
2 Mereka bersungut kepada Musa dan Harun, serta berkata, “Lebih baik kami mati di Mesir atau di padang gurun ini!
3 Mengapakah TUHAN hendak membawa kami ke tanah itu? Kami akan mati dalam peperangan, dan anak isteri kami akan ditawan. Tidakkah lebih baik kami balik ke Mesir?”
4 Oleh itu mereka bercakap kepada satu sama lain, “Marilah kita pilih seorang pemimpin, lalu balik ke Mesir!”
5 Kemudian Musa dan Harun bersujud di hadapan semua orang itu.