12 Aku akan mendatangkan wabak dan membinasakan mereka, tetapi Aku akan menjadikan engkau bapa suatu bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada mereka!”
13 Tetapi Musa berkata kepada TUHAN, “Ya TUHAN, Engkaulah yang sudah membawa umat ini keluar dari Mesir dengan kuasa-Mu. Apabila orang Mesir mendengar apa yang Engkau lakukan kepada umat-Mu,
14 mereka akan memberitahukan hal itu kepada penduduk tanah ini, sedangkan mereka sudah mendengar bahawa Engkau, TUHAN, menyertai kami. Mereka sudah mendengar bahawa Engkau menampakkan diri apabila awan-Mu berhenti di atas kami, dan bahawa Engkau berjalan di hadapan kami dalam tiang awan pada siang hari, dan dalam tiang api pada malam hari.
15 Jika Engkau membunuh segenap umat-Mu sekarang, bangsa-bangsa yang pernah mendengar tentang kemasyhuran-Mu akan berkata
16 bahawa Engkau membunuh umat-Mu di padang gurun kerana Engkau tidak sanggup membawa mereka ke tanah yang sudah Engkau janjikan kepada mereka.
17 Oleh itu, ya TUHAN, sekarang aku mohon, tunjukkanlah kuasa-Mu dan lakukanlah apa yang Engkau janjikan ketika Engkau berfirman,
18 ‘Aku, TUHAN, tidak cepat murka. Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan-Ku yang besar. Aku mengampuni orang yang berdosa dan yang melawan Aku. Biarpun begitu, dosa ibu bapa akan Kubalaskan kepada anak cucu mereka, sampai kepada generasi yang ketiga dan keempat.’