20 TUHAN menjawab, “Aku akan mengampuni mereka menurut permintaanmu.
21 Tetapi Aku berjanji demi diri-Ku dan demi Aku yang hidup dan berkuasa di bumi ini,
22 bahawa tiada seorang pun antara umat ini akan pergi ke tanah itu. Mereka sudah nampak cahaya hadirat-Ku dan mukjizat yang Aku lakukan di Mesir dan di padang gurun, namun mereka terus-menerus mencubai Aku, dan tidak mahu mentaati Aku.
23 Mereka tidak sekali-kali akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang pun yang melawan Aku akan pergi ke sana.
24 Tetapi sikap Kaleb, hamba-Ku itu lain; dia tetap setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan membawa dia ke tanah yang dijelajahinya. Keturunannya akan memiliki tanah
25 yang kawasan lembahnya diduduki oleh orang Amalek dan orang Kanaan pada masa ini. Esok kamu harus berpatah balik dan pergi ke padang gurun ke arah Teluk Akaba.”
26 TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,