27 “Sampai bilakah umat yang jahat ini bersungut terhadap Aku? Aku sudah mendengar semua sungutan mereka!
28 Sekarang berilah mereka jawapan begini, ‘Aku bersumpah demi Aku yang hidup, bahawa Aku akan melakukan tepat seperti yang kamu minta. Aku, TUHAN, sudah berfirman.
29 Kamu akan mati dan mayat kamu akan berselerak di seluruh padang gurun ini. Oleh sebab kamu bersungut terhadap Aku, tiada seorang pun di kalangan kamu yang berumur dua puluh tahun ke atas akan pergi ke tanah itu.
30 Aku sudah berjanji membenarkan kamu tinggal di tanah itu, tetapi tidak seorang pun antara kamu akan tinggal di situ kecuali Kaleb dan Yosua.
31 Kamu berkata bahawa anak-anak kamu akan ditawan, tetapi merekalah yang akan Kubawa ke tanah yang kamu tolak. Tanah itu akan menjadi tempat tinggal mereka,
32 tetapi kamu akan mati di padang gurun ini.
33 Anak-anak kamu akan mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun. Kerana kamu tidak setia, anak-anak kamu itu akan sengsara, sehingga kamu semua mati.