36-37 Orang yang diutus oleh Musa untuk menjelajahi tanah itu memberikan laporan yang tidak benar, dan hal itu menyebabkan umat Israel bersungut terhadap TUHAN. Oleh itu TUHAN menghukum mereka dengan penyakit, lalu mereka meninggal.
38 Hanya Yosua dan Kaleb yang masih hidup di kalangan dua belas orang pengintip itu.
39 Setelah Musa menyampaikan firman TUHAN itu kepada umat Israel, mereka meratap dengan pilu.
40 Keesokan harinya, awal pagi, mereka bersiap-siap untuk menyerang daerah berbukit. Mereka berkata, “Kami mengaku telah berbuat dosa. Tetapi sekarang kami sudah bersiap untuk pergi ke tempat yang ditunjukkan TUHAN.”
41 Tetapi Musa menjawab, “Mengapakah kamu melawan perintah TUHAN sekarang? Kamu tidak akan berjaya!
42 Jangan pergi, kerana TUHAN tidak menyertai kamu. Kamu akan dikalahkan oleh musuh.
43 Apabila kamu menghadapi orang Amalek dan orang Kanaan, kamu akan mati dalam pertempuran. TUHAN tidak akan menyertai kamu kerana kamu tidak mahu taat kepada-Nya.”