14 Seorang asing yang tinggal bersama-sama kamu, baik untuk sementara atau untuk menetap, orang itu mesti mematuhi peraturan yang sama apabila dia mempersembahkan persembahan makanan, yang baunya menyenangkan hati TUHAN.
15 Untuk sepanjang masa, peraturan yang sama berlaku bagi kamu dan bagi orang asing yang tinggal di kalangan kamu. Kamu dan mereka sama sahaja di sisi TUHAN;
16 hukum dan peraturan yang sama berlaku bagi kamu dan mereka.
17 TUHAN memberi Musa
18 peraturan-peraturan berikut untuk dipatuhi oleh umat Israel di tanah yang akan diberikan TUHAN kepada mereka.
19 Apabila kamu makan makanan yang dihasilkan tanah itu, kamu mesti mengasingkan sebahagian makanan itu sebagai pemberian khas kepada TUHAN.
20 Daripada gandum yang mula-mula dituai, bakarlah roti daripada adunan pertama gandum itu; sebuku roti harus dipersembahkan sebagai pemberian khas kepada TUHAN. Cara mempersembahkannya sama dengan cara mempersembahkan pemberian khas daripada gandum yang mula-mula kamu irik.