29 Peraturan yang sama berlaku bagi semua orang yang berdosa dengan tidak sengaja, baik orang Israel mahupun orang asing yang tinggal di kalangan mereka.
30 Tetapi sesiapa sahaja, baik orang Israel atau orang asing yang dengan sengaja berbuat dosa, orang itu menghina TUHAN. Orang itu mesti dihukum mati,
31 kerana dia membantah firman TUHAN dan dengan sengaja melanggar salah satu perintah-Nya. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri.
32 Pada suatu hari, ketika umat Israel masih di padang gurun, seorang lelaki kedapatan mengumpulkan kayu api pada hari Sabat.
33 Orang itu dibawa menghadap Musa, Harun, dan segenap umat,
34 lalu orang itu ditahan kerana belum jelas apa yang hendak dilakukan kepadanya.
35 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Orang itu mesti dihukum mati. Dia harus dibawa ke luar perkhemahan dan di sana segenap umat harus merejam dia sampai mati.”