32 Pada suatu hari, ketika umat Israel masih di padang gurun, seorang lelaki kedapatan mengumpulkan kayu api pada hari Sabat.
33 Orang itu dibawa menghadap Musa, Harun, dan segenap umat,
34 lalu orang itu ditahan kerana belum jelas apa yang hendak dilakukan kepadanya.
35 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Orang itu mesti dihukum mati. Dia harus dibawa ke luar perkhemahan dan di sana segenap umat harus merejam dia sampai mati.”
36 Oleh itu segenap umat membawa dia ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
37 TUHAN memerintahkan Musa
38 supaya memberitahu umat Israel, “Buatlah rumbai-rumbai pada hujung pakaian kamu, dan ikatkan tali biru pada setiap rumbai. Kamu harus melakukan hal ini sepanjang masa.