34 lalu orang itu ditahan kerana belum jelas apa yang hendak dilakukan kepadanya.
35 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Orang itu mesti dihukum mati. Dia harus dibawa ke luar perkhemahan dan di sana segenap umat harus merejam dia sampai mati.”
36 Oleh itu segenap umat membawa dia ke luar perkhemahan, lalu merejam dia sampai mati, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
37 TUHAN memerintahkan Musa
38 supaya memberitahu umat Israel, “Buatlah rumbai-rumbai pada hujung pakaian kamu, dan ikatkan tali biru pada setiap rumbai. Kamu harus melakukan hal ini sepanjang masa.
39 Rumbai-rumbai itu akan menjadi peringatan, supaya tiap-tiap kali kamu melihatnya, kamu ingat akan segala perintah-Ku dan mentaatinya. Oleh itu kamu tidak akan meninggalkan Aku untuk menurut kehendak dan keinginan kamu sendiri.
40 Rumbai-rumbai itu akan mengingatkan kamu untuk mentaati segala perintah-Ku, sehingga kamu akan menjadi milik-Ku sepenuhnya.