9 harus dipersembahkan juga tiga kilogram tepung bercampur dua liter minyak zaitun sebagai korban untuk mengucap syukur,
10 bersama dengan dua liter wain. Bau asap dari korban-korban itu menyenangkan hati TUHAN.
11 Itulah yang harus dipersembahkan bersama dengan setiap lembu jantan, domba jantan, domba, atau kambing.
12 Jika yang dipersembahkan itu lebih daripada seekor, maka persembahan tepung terbaik, minyak zaitun, dan wain itu pun harus ditambah menurut kadar yang ditentukan.
13 Hal ini mesti dilakukan oleh setiap orang Israel apabila dia mempersembahkan persembahan makanan, yang baunya menyenangkan hati TUHAN.
14 Seorang asing yang tinggal bersama-sama kamu, baik untuk sementara atau untuk menetap, orang itu mesti mematuhi peraturan yang sama apabila dia mempersembahkan persembahan makanan, yang baunya menyenangkan hati TUHAN.
15 Untuk sepanjang masa, peraturan yang sama berlaku bagi kamu dan bagi orang asing yang tinggal di kalangan kamu. Kamu dan mereka sama sahaja di sisi TUHAN;