42 Setelah mereka semua berkumpul untuk melawan Musa dan Harun, mereka memandang ke arah Khemah TUHAN lalu nampak awan menutupi Khemah itu, dan cahaya hadirat TUHAN pun kelihatan.
43 Musa dan Harun pergi ke bahagian hadapan Khemah TUHAN,
44 lalu TUHAN berfirman kepada Musa,
45 “Undurlah daripada semua orang ini kerana Aku hendak membinasakan mereka di tempat itu juga!”Mereka berdua bersujud,
46 lalu Musa berkata kepada Harun, “Ambillah perbaraanmu dan isilah dengan bara api dari mazbah, lalu bubuhlah kemenyan pada bara api itu. Bawalah perbaraan itu kepada umat dengan segera, dan lakukanlah upacara penyucian untuk mereka. Cepat! Kemurkaan TUHAN sudah berkobar dan wabak sudah bermula.”
47 Harun melakukan apa yang dikatakan Musa. Harun membawa perbaraannya lalu lari ke tengah-tengah orang yang sedang berkumpul. Apabila Harun melihat bahawa wabak sudah bermula, dia membubuh kemenyan pada bara api dan melakukan upacara penyucian untuk umat.
48 Oleh itu wabak berhenti dan Harun berdiri di tengah-tengah orang yang masih hidup dan yang sudah mati.