3 Kemudian Musa dan Harun akan menyerahkan lembu itu kepada Imam Eleazar. Lembu itu harus dibawa ke luar perkhemahan dan disembelih di hadapan Imam Eleazar.
4 Kemudian dengan jarinya, Eleazar akan mengambil sedikit darah lembu itu, lalu memercikkannya tujuh kali ke arah Khemah TUHAN.
5 Seluruh lembu itu, termasuk kulit, daging, darah, dan ususnya harus dibakar di hadapan imam.
6 Selanjutnya imam itu harus mengambil sedikit kayu sedar, setangkai hisop, dan seutas tali merah, lalu melemparkan semuanya ke dalam api yang sedang membakar lembu merah itu.
7 Kemudian imam harus mencuci pakaiannya dan mandi, barulah dia boleh masuk ke perkhemahan, tetapi dia tetap najis sehingga matahari terbenam.
8 Orang yang membakar lembu itu mesti mencuci pakaiannya dan mandi, tetapi dia juga tetap najis sehingga matahari terbenam.
9 Selepas itu seorang yang tidak najis harus mengumpulkan abu lembu tadi dan meletakkannya di luar perkhemahan, di suatu tempat yang tidak najis. Abu itu disimpan di situ supaya umat Israel dapat menggunakannya untuk menyediakan air bagi upacara penyucian. Upacara itu dilakukan untuk menghapuskan dosa.