19 Orang Israel berkata, “Kami akan melalui jalan raya sahaja. Jika kami atau ternakan kami minum air kamu, kami akan membayarnya. Kami mahu lalu sahaja.”
20 Orang Edom berkata lagi, “Tidak boleh!” Kemudian mereka keluar dengan tentera yang kuat untuk menyerang orang Israel.
21 Oleh sebab orang Edom tidak membenarkan orang Israel melalui tanah mereka, orang Israel terpaksa mengambil jalan lain.
22 Semua orang Israel meninggalkan Kades lalu tiba di Gunung Hor,
23 di sempadan tanah Edom. Di sana TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun,
24 “Harun tidak akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada orang Israel. Dia akan meninggal kerana kamu berdua telah membantah perintah-Ku di Meriba.
25 Bawalah Harun dan Eleazar, anaknya, ke Gunung Hor.