25 Bawalah Harun dan Eleazar, anaknya, ke Gunung Hor.
26 Tanggalkanlah jubah imam yang dipakai Harun lalu kenakan jubah itu pada Eleazar. Harun akan meninggal di tempat itu.”
27 Musa pun mematuhi perintah TUHAN. Musa, Harun, dan Eleazar naik ke Gunung Hor sambil disaksikan oleh semua orang Israel.
28 Kemudian Musa menanggalkan jubah Harun dan mengenakannya pada Eleazar. Di atas gunung itu Harun meninggal, lalu Musa dan Eleazar turun.
29 Semua orang Israel mendengar bahawa Harun sudah meninggal, lalu mereka berkabung baginya selama tiga puluh hari.