4 Mengapa kamu membawa kami ke padang gurun ini? Adakah kamu mahu kami mati di sini bersama dengan ternakan kami?
5 Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir, lalu pergi ke tempat celaka yang tidak dapat ditanami apa-apa? Di sini tidak ada gandum, buah ara, buah anggur, ataupun buah delima. Bahkan air minum pun tidak ada!”
6 Musa dan Harun menjauhi umat itu, lalu berdiri di pintu Khemah TUHAN. Mereka bersujud, lalu cahaya hadirat TUHAN menyinari mereka.
7 TUHAN berfirman kepada Musa,
8 “Ambillah tongkat di depan Tabut Perjanjian itu, lalu engkau bersama-sama Harun harus mengumpulkan semua orang Israel. Di depan mereka semua, berkatalah kepada bukit batu di situ, lalu batu itu akan memancarkan air. Dengan cara itu engkau akan mengeluarkan air dari batu itu untuk orang Israel, supaya mereka dan ternakan mereka dapat minum.”
9 Musa mengambil tongkat itu sebagaimana yang diperintahkan TUHAN.
10 Musa dan Harun mengumpulkan semua orang Israel di depan bukit batu itu. Kemudian Musa berkata, “Dengarlah, hai pemberontak! Haruskah kami mengeluarkan air dari bukit batu ini untuk kamu?”