9 Allah datang kepada Bileam dan bertanya, “Siapakah semua orang ini yang tinggal dengan engkau?”
10 Bileam menjawab, “Mereka utusan Raja Balak dari tanah Moab untuk memberitahu aku
11 bahawa satu bangsa sudah datang dari Mesir, dan sekarang bangsa itu berada di merata-rata tempat. Raja Balak meminta aku mengutuk umat itu baginya, supaya Raja Balak dapat melawan dan mengusir mereka dari tanahnya.”
12 Allah berfirman kepada Bileam, “Jangan pergi bersama-sama mereka dan jangan kutuk umat Israel, kerana Aku sudah memberkati mereka.”
13 Keesokan paginya, Bileam bertemu dengan para utusan Raja Balak dan berkata, “Pulanglah, TUHAN tidak membenarkan saya pergi bersama-sama kamu.”
14 Oleh itu mereka kembali kepada Raja Balak dan memberitahunya bahawa Bileam tidak mahu datang bersama-sama mereka.
15 Kemudian Raja Balak mengutus lebih banyak lagi pemimpin yang berpangkat lebih tinggi daripada yang diutus mula-mula.