1 Pada masa itu Bileam sudah tahu bahawa TUHAN mahu dia memberkati umat Israel. Oleh sebab itu dia tidak lagi mencari petanda-petanda seperti yang dilakukannya sebelum itu. Dia melihat ke arah padang gurun,
2 lalu nampak umat Israel berkhemah dalam kelompok menurut suku masing-masing. Roh Allah menguasai Bileam,
3 lalu dia mengucapkan nubuat ini,“Inilah perkhabaran Bileam anak Beor,ucapan seorang yang melihat dengan jelas,
4 seorang yang mendengar firman Allah.Hamba nampak penglihatan daripada Allah Yang Maha Kuasa,sambil rebah, namun dengan mata terbuka.
5 Khemah-khemah Israel sungguh indah,
6 seperti barisan panjang pokok kurma,atau seperti taman di pinggir sungai;seperti pokok gaharu yang ditanam oleh TUHAN,atau seperti pokok sedar di tepi air.