12 Maka beritahulah Pinehas bahawa Aku mengadakan perjanjian dengan dia yang akan berlaku selama-lamanya.
13 Oleh sebab dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain, dan dia juga sudah mendatangkan pengampunan dosa bagi umat itu, dia dan keturunannya akan menjadi imam selama-lamanya.”
14 Nama orang Israel yang dibunuh bersama-sama perempuan Midian itu ialah Zimri anak Salu; dia ketua satu keluarga dalam suku Simeon.
15 Nama perempuan itu ialah Kozbi. Zur, bapa perempuan itu, ialah penghulu sekumpulan puak orang Midian.
16 TUHAN memberikan perintah ini kepada Musa,
17 “Serbulah orang Midian dan kalahkanlah mereka,
18 kerana kejahatan yang dilakukan mereka terhadap kamu ketika mereka menipu kamu di Peor, dan juga kerana Kozbi yang dibunuh di Peor pada masa wabak berlaku.”