6 Ketika Musa dan segenap umat sedang meratap di pintu Khemah TUHAN, mereka melihat seorang Israel membawa seorang perempuan Midian masuk ke dalam khemahnya.
7 Apabila Pinehas anak Eleazar, iaitu cucu Imam Harun, nampak hal itu, dia bangun dan meninggalkan perhimpunan. Dia mengambil sebatang tombak,
8 lalu menyusul lelaki dan perempuan itu ke dalam khemah; dia menikam kedua-duanya dengan tombak. Dengan demikian wabak yang sedang membinasakan orang Israel berhenti.
9 Namun orang yang mati sudah berjumlah 24,000 orang.
10 TUHAN berfirman kepada Musa,
11 “Pinehas anak Eleazar, cucu Imam Harun, sudah meredakan kemurkaan-Ku terhadap Israel. Dia tidak membiarkan Israel menyembah tuhan lain kecuali Aku, sehingga kemurkaan-Ku reda dan Aku tidak membinasakan umat itu.
12 Maka beritahulah Pinehas bahawa Aku mengadakan perjanjian dengan dia yang akan berlaku selama-lamanya.